Ayat Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu
i) Ayat tanya tanpa kata tanya.
ii) Ayat tanya dengan kata tanya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)
Meletakkan tanda tanya (?) pada akhir ayat penyata.
Ayat penyata | Ayat tanya |
Tetamu sudah tiba. | Tetamu sudah tiba? |
Buah itu sudah masak. | Buah itu sudah masak? |
Mereka hendak menolong kita. | Mereka hendak menolong kita? |
- tanpa mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat tanya boleh dibentuk dengan ? dihujung ayat-ayat penyata.
- dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
Kata Tanya | Penggunaan |
Apa | Benda, binatang |
Bila | Masa |
Mana | Tempat |
Siapa | Orang |
Bagaimana | Cara |
Mengapa | Sebab |
Kenapa | Sebab |
Berapa | Bilangan |
benda/binatang |
masa |
orang |
nombor |
Ayat Tanya Biasa
Subjek di depan dan predikat di belakang.
Subjek | Predikat |
Orang itu | siapa? |
Ayat Tanya Songsang
Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.
Predikat | Subjek |
Siapakah | orang itu? |