Feb 14, 2011

Ayat Tanya













Ayat Tanya






Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu


i)  Ayat tanya tanpa kata tanya
ii) Ayat tanya dengan kata tanya 

(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)


Meletakkan tanda tanya (?) pada akhir ayat penyata.

Ayat penyata

Ayat tanya

Tetamu sudah tiba.

Tetamu sudah tiba?

Buah itu sudah masak.

Buah itu sudah masak?

Mereka hendak menolong kita.

Mereka hendak menolong kita?
  • tanpa mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat tanya boleh dibentuk dengan ? dihujung ayat-ayat penyata.
  • dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

Kata Tanya
Penggunaan
Apa
Benda, binatang
Bila
Masa
Mana
Tempat
Siapa
Orang
Bagaimana
Cara
Mengapa
Sebab
Kenapa
Sebab
Berapa
Bilangan

benda/binatang






masa




orang




nombor







Ayat Tanya Biasa
Subjek di depan dan predikat di belakang.
Subjek
Predikat
Orang itu
siapa?
Ayat Tanya Songsang
Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.
Predikat
Subjek
Siapakah
orang itu?

No comments:

Post a Comment