Mar 1, 2011

Ayat Tunggal

·       Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

·       Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Binaan Subjek Ayat Tunggal :
·       Kata nama
·       Ganti nama
·       Kata adjektif
·       Kata kerja

1.Subjek Kata Nama

Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am. Kata nama khas, kata nama terbitan.

Contoh:



Subjek
Prediket

Si Putih (nama khas)
kucing kesayangan



         
                            
         



2.Subjek Ganti Nama
Kata nama yang menjadi subjek  sesuatu ayat boleh terbentuk daripada ganti nama orang atau ganti nama tunjuk.
Contoh 1:

Subjek
Prediket

Saya (ganti nama orang)   
pensyarah di UiTM





Contoh 2:
Subjek
Prediket

Ini (ganti  nama  tunjuk)
buku yang dicarinya tadi










3.Subjek Kata Adjektif
Contoh:
Subjek
Prediket

Manis(adjektif)      
seperti gula






4.Subjek Kata Kerja
Contoh:
Subjek
Prediket

Menjadi  penyanyi
ialah cita-citanya



             



Binaan Prediket Ayat Tunggal
Prediket sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama yang berikut:
·      Frasa nama
·      Frasa kerja
·      Frasa adjektif
·      Frasa sendi nama


1.Prediket Frasa Nama
Contoh:

Subjek
Prediket

Mereka
pelajar saya( Nama Am)





2. Prediket Frasa Kerja
Frasa kerja yang menjadi prediket  dalam  sesuatu ayat terbentuk daripada sama ada kata kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu, dan unsur-unsur keterangan.
Kata kerja asal yang menjadi prediket frasa kerja boleh terdiri daripada:
a.  Kata Kerja asal yang tidak berimbuhan.
b.  Kata Kerja asal yang berimbuhan

A.Kata Kerja Asal yang tidak berimbuhan
·      Terdiri daripada satu kata dasar sahaja
·      Terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif

 Contoh 1:


Subjek
Prediket (Kata KerjaTakTransitif)

Danish Irfan
mandi di kolam  plastik itu













Contoh 2:
Subjek
Prediket (Kata KerjaTransitif)

Pelancong itu
minum air kelapa muda.



B.Kata Kerja Asal berimbuhan
·      Terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan.
·      Terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
Contoh 1:
Subjek  
Prediket (Kata KerjaTakTransitif)

Pelajar-pelajar itu
menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh perasaan.



Contoh 2:
Subjek
Prediket(Kata KerjaTransitif)

Dia
mengarang sebuah buku






3.Prediket Frasa Adjektif
Frasa adjektif yang menjadi frasa prediket terdiri daripada kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.
Kata-kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata penguat.

Contoh 1:

Subjek (Frasa Nama)
Prediket (frasaAdjektif)

Bunga mawar
wangi (kata  adjektif selapis)



Contoh 2:
Subjek
(Frasa Nama)
Prediket
(frasaAdjektif)
Bangunan
sangat tinggi
(Kata Penguat)



4.Prediket Frasa Sendi Nama
Contoh:
Subjek
Prediket (FrasaSendiNama)

Hadiah ini
untuk Liyana Jasmay












No comments:

Post a Comment