Mar 1, 2011
AYAT MAJMUK
AYAT MAJMUK PASIF
Kesemua ayat majmuk aktif jika mengandungi kata kerja transitif, boleh dijadikan ayat pasif.
Perhatikan contoh berikut:
(i)Ayat majmuk gabungan
a)Aktif:Saya minum teh dan Aminah makan nasi.
b)Pasif:Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.
(ii)Ayat majmuk relatif
a)Aktif:Mereka menonton wayang yang lucu itu.
b)Pasif:Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.
(iii)Ayat majmuk komplemen:komplemen objek
a)Aktif:Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
b)Pasif:Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
(iv)Ayat majmuk keterangan
a)Aktif:Sungguhpun badanya letih,Aliah tetap menghadiri majlis perayaan itu.
b)Pasif:Sungguhpun badanya letih,majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Aliah.
AYAT PERINTAH
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.
1-AYAT SURUHAN
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.
Ø Pergi kamu dari rumah ini!
Ø Engkau tunggu Fateha di sini.
Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.
Ø Pergilah kamu dari rumah ini!
Ø Engkau tunggulah Fateha di sini.
Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut perlu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di atas .
Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :
Ø Menangislah sepuas-puas hatimu.
Ø Berangkatlah dengan segera.2-AYAT LARANGAN
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
ü Jangan ambil harta orang.
ü Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
ü Awak tak usah datang lagi ke pejabat.
Ayat tersebut dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah , seperti berikut :
ü Janganlah ambil harta orang.
ü Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
ü Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.
Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel –lah.
ü Dilarang merokok.
ü Dilarang memancing
Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya :
ü Harap jangan merokok.
ü Harap jangan berludah.3-AYAT SILAAN
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila ata jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut :
o Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.
o Jemput masuk.
4-AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut :
§ Minta kamu semua bertenang.
§ Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.
Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang negative sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.
Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap betul:
v Sila jangan merokok.
v Tolong jangan ambil.
v Minta jangan bermain dikawasan ini.
Ayat Tunggal
· Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
· Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Binaan Subjek Ayat Tunggal :
· Kata nama
· Ganti nama
· Kata adjektif
· Kata kerja
1.Subjek Kata Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am. Kata nama khas, kata nama terbitan.
Contoh:
Subjek | Prediket |
Si Putih (nama khas) | kucing kesayangan |
2.Subjek Ganti Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada ganti nama orang atau ganti nama tunjuk.
Contoh 1:
Subjek | Prediket |
Saya (ganti nama orang) | pensyarah di UiTM |
Contoh 2:
Subjek | Prediket |
Ini (ganti nama tunjuk) | buku yang dicarinya tadi |
3.Subjek Kata Adjektif
Contoh:
Subjek | Prediket |
Manis(adjektif) | seperti gula |
4.Subjek Kata Kerja
Contoh:
Subjek | Prediket |
Menjadi penyanyi | ialah cita-citanya |
Binaan Prediket Ayat Tunggal
Prediket sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama yang berikut:
· Frasa nama
· Frasa kerja
· Frasa adjektif
· Frasa sendi nama
1.Prediket Frasa Nama
Contoh:
Subjek | Prediket |
Mereka | pelajar saya( Nama Am) |
2. Prediket Frasa Kerja
Frasa kerja yang menjadi prediket dalam sesuatu ayat terbentuk daripada sama ada kata kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu, dan unsur-unsur keterangan.
Kata kerja asal yang menjadi prediket frasa kerja boleh terdiri daripada:
a. Kata Kerja asal yang tidak berimbuhan.
b. Kata Kerja asal yang berimbuhan
A.Kata Kerja Asal yang tidak berimbuhan
· Terdiri daripada satu kata dasar sahaja
· Terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif
Contoh 1:
Subjek | Prediket (Kata KerjaTakTransitif) |
Danish Irfan | mandi di kolam plastik itu |
Contoh 2:
Subjek | Prediket (Kata KerjaTransitif) |
Pelancong itu | minum air kelapa muda. |
B.Kata Kerja Asal berimbuhan
· Terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan.
· Terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
Contoh 1:
Subjek | Prediket (Kata KerjaTakTransitif) |
Pelajar-pelajar itu | menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh perasaan. |
Contoh 2:
Subjek | Prediket(Kata KerjaTransitif) |
Dia | mengarang sebuah buku |
3.Prediket Frasa Adjektif
Frasa adjektif yang menjadi frasa prediket terdiri daripada kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.
Kata-kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata penguat.
Contoh 1:
Subjek (Frasa Nama) | Prediket (frasaAdjektif) |
Bunga mawar | wangi (kata adjektif selapis) |
Contoh 2:
Subjek (Frasa Nama) | Prediket (frasaAdjektif) |
Bangunan | sangat tinggi (Kata Penguat) |
4.Prediket Frasa Sendi Nama
Contoh:
Subjek | Prediket (FrasaSendiNama) |
Hadiah ini | untuk Liyana Jasmay |
Subscribe to:
Posts (Atom)