Mar 1, 2011

AYAT PERINTAH




Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.





1-AYAT SURUHAN


Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.

Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.

    Ø  Pergi kamu dari rumah ini!
    Ø  Engkau tunggu  Fateha di sini.

Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.

    Ø  Pergilah kamu dari rumah ini!
    Ø  Engkau tunggulah  Fateha di sini.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut perlu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di atas .

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

    Ø  Menangislah sepuas-puas hatimu.
          Ø Berangkatlah dengan segera.









2-AYAT  LARANGAN

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

    ü  Jangan ambil harta orang.
    ü  Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
    ü  Awak tak usah datang lagi ke pejabat.

Ayat tersebut  dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel lah , seperti berikut :
    
    ü  Janganlah ambil harta orang.
    ü  Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
    ü  Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.

Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel lah.

    ü  Dilarang merokok.
    ü  Dilarang memancing

Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya :

    ü  Harap jangan merokok.
        ü Harap jangan berludah.





3-AYAT SILAAN

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila ata jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut :

       o   Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.
       o   Jemput masuk.

    
          
  4-AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti  yang terdapat dalam contoh berikut :

    §  Minta kamu semua bertenang.
    §  Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.








Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang negative sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap betul:

    v  Sila jangan merokok.
    v  Tolong jangan ambil.
    v  Minta jangan bermain dikawasan ini.

28 comments:

  1. very useful but all the face like ghost

    ReplyDelete
  2. Usaha yang baik... akan bertambah baik jika sumber-sumber yang telah digunakan atau dirujuk semasa pembinaan bahan ini, diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. itu dia ..!!! anak mudin masuk ke kotak penalti..!!!dan satu cross yg baik dilakukan oleh anak mudin!!!sapakah yg bakal mnyambut!!!ouhhh!!! RIZAN J ada d situ!!! RIZAN J mnanduk bola !!! dann......GOALLLLLL!!!!
    AKHIRNYA!!!SETELAH 72 minit perlawanan berlangsung...MALAYSIA kini brada d depan dengan tandukan yg mantapp daripada striker utama kita ..!!!terima kasih kepada RIZAN J !HUUUHHHH!!PANAS..PANAS...PANAS!!!semakin hangat perlawanan!!mampu kah MALAYSIA bertahann???/

    ReplyDelete
  4. masa semakin lama semakin menghampiri tiupan wisel penamat . asakan demi asakan . semakin lam semakin genting . pengadil sering melihat jam randiknya . tiba tiba satu asakan ke arah pintu Malaysia . genting . satu lawan satu antara pihak lawan dan penjaga gol malaysia , aisar . rembatan tepat ke arah gawang . melencong ke arah gawang . semua orang berharap kepada aisar . aisar juga dilihat kepenatan namun dapat menepis tendangan itu dengan mudah . fuhh nyarisnyaris lagi . aisar menghembus nafas sedikit lega . akhirnya wisel penamat di tiup menandakan tamatnya perlawanan sekaligus menempah tiket Malaysia ke piala dunia FIFA Rusia 2018 !

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, saya gunakan bahan anda untuk pdpc saya. Sangat membantu. Semoga Allah mencucuri rahmat dan keberkatan kepada anda

    ReplyDelete
  6. Terima kasih,ia telah menolong saya melakukan kerja-kerja sekolah😀

    ReplyDelete
  7. Terima kasih
    Ia sangat berguna bagi saya

    ReplyDelete
  8. T.kasih perkongsian ilmu yg sgt baik

    ReplyDelete
  9. wow ok juga cerita itu tetapi taktahu cerita itu



    ReplyDelete
  10. Kalau harap kat depan sekali, ayat permintaan atau suruhan?

    ReplyDelete
  11. Dengar dan berikan respon terhadap suruhan,permintaan,silaan dan larangan.

    Suruhan:
    Ibu:Masukkan semua daun kering ke dalam tong sampah ini.
    Hadi:

    ReplyDelete
  12. 𝙱𝚎𝚕𝚊𝚓𝚊𝚛𝚕𝚊𝚑 𝚛𝚊𝚓𝚒𝚗 𝚛𝚊𝚓𝚒𝚗

    ReplyDelete
  13. 10010100010010100010101001010001001000010100101010101010101010101010101010010100001010111110010101010101010010101000101011010010101010101010010010101010001010101001010101010101010101010010101010101001010100100010101010101010100010100100101010101010100101010100010100101010101101010100101010101010

    ReplyDelete