AYAT MAJMUK PASIF
Kesemua ayat majmuk aktif jika mengandungi kata kerja transitif, boleh dijadikan ayat pasif.
Perhatikan contoh berikut:
(i)Ayat majmuk gabungan
a)Aktif:Saya minum teh dan Aminah makan nasi.
b)Pasif:Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.
(ii)Ayat majmuk relatif
a)Aktif:Mereka menonton wayang yang lucu itu.
b)Pasif:Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.
(iii)Ayat majmuk komplemen:komplemen objek
a)Aktif:Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
b)Pasif:Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
(iv)Ayat majmuk keterangan
a)Aktif:Sungguhpun badanya letih,Aliah tetap menghadiri majlis perayaan itu.
b)Pasif:Sungguhpun badanya letih,majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Aliah.
thanks...amat berguna & membantu utk saya punya assignment...
ReplyDeleteMohon share, panduan yg berguna.TQVM
ReplyDeletemohon share sgt menari dan berfaedah utk pdp, semoga dipermudahkan dan cemerlangg.
ReplyDelete